Umur persaraan anggota SPR Pindaan Perlembagaan Persekutuan

Pada 11 Disember 2007, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan pindaan Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan. Perkara 114 ini menyentuh tempoh bersara anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun kepada 66 tahun.

Pada 20 November 2007, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen telah membaca pindaan yang akan dilakukan kali pertama. Seterusnya pindaan ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Kemudian Yang di-Pertuan Agong akan memperkenankannya dalam tempoh dua minggu sebelum diwartakan. Kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh parti Barisan Nasional tidak mempunyai masalah untuk meminda perlembagaan ini kerana mempunyai majoriti 2/3 semenjak tahun 1957 lagi. [1]